Setiap cerita ada permulaan, dan bermulanya cerita kita... adalah detik yang saya tak mahu akhirkan.
Senyuman yang selalu meredakan ribut kat dalam kepala saya walau di saat dunia sedang tak berpihak kepada saya sekalipun.
Awak selalu menjadi penunjuk arah sewaktu saya hilang pedoman di simpang. Awak kembalikan keyakinan saya perlahan-lahan.
Kemana saya berlari mencari rehat, saya mula faham... yang berehat yang sebenar adalah di sisi awak. "The only safe place."
Cerita memori kita sangat indah, sayang. Jalan masih panjang dan terlalu sunyi untuk saya sambung memori ni bersendirian.
Maafkan saya? Saya berjanji untuk tebus semuanya dan hargai awak lebih dari sebelumnya. Mari kita rawat luka dan mulakan cerita yang lebih baik.